Sunday, January 29, 2012

Ahhh Jerawatt..!!!!



" Jerawat..!!!!!! aahhhhh tidakkkkk..!! "


Jerawat nie umpama musuh ketat@ enemy bagi semua orang,terutamanya golongan gegurl nie..Beboy pun apa kurangnye kan..Sapa suka ada jerawat ,sila angkat kaki.!!Jerawat nie tak semestinya kat muka,badan tapi ada jugak tumbuh kat telinga,kepala,malahan kat kaki pun ada jugak..Ehh yake kat kaki..??ye la kot..Kat mana-mana tempat jerawat durjana nak tubik,die akan tubik ler..



     Jerawat selalunya suka buat onar kat muka dan badan..Kalo tempat-tempat lain tue mungkin special case kot..Mungkin si jerawat nie jeles kat kulit yang tulus mulus,suci murni,sebab tue laa buat onar ke atas kulit ini..Dah laa buat onar,lepas tue,menyakitkan pulak tue..Aduhh…!! Durjana betol..



     Imbas kembali zaman kemulusan kulit muka,rasa macam jeles plak aku rasa…Setahun yang lepas,kulit muka aku takda laa mulus mane pun,tapi bebas laa dari angkara si jerawat,pencipta onar nie..Start sem 2, muka aku mula dijajah oleh jerawat nie..Semakin lama,semakin teruk..Ok fine..!! Macam-macam aku dah cuba tuk mengurangkan,tapi semua tak berkesan..



    Asal balik kampung ajer,mesti  kena tegur dengan mak ayah,sedara mara,dan kawan-kawan juga..


“ Apsal muka ko nie.Jerawat banyak..”

“ Nie mesti kuat berangan nie,sebab tue naik jerawat banyak..”

“ Tido ajer laa sampai siang,matahari tercacak baru bangun..”

“ Hang nie gatai sangat..Berangan nak kawin ka..?”

“ Nie mesti,duk senyap-senyap,jari gatal pegi picit jerawat tue kan..”

“ Tak cuci muka sebelum tido laa nie..Muka kotor,sebab tue naik jerawat..”

“ Tangan gatal duk belek-belek muka tue apsal..Kan kuku tue banyak bakteria”

“ Hormon pompuan tengah naik la tue..”

“ Waktu orang tido,ko berjaga macam burung hantu,waktu orang berjaga,ko tak reti-reti nak tido..”



Nie laaa ayat-ayat biasa yang aku dapat..Kalo ikutkan banyak lagi pun..Malas aku nak menaip banyak..Aku pun tak pasti macam mana makin teruk jerawat yang aku alami nie..Dah banyak cara aku cuba,tak berjaya..







zaman kat matrik dolu-dolu..


zaman kat universiti sekarang..




   Nampak sangat perbezaannya..Jerawat aku bukan laa jerawat batu tue,tapi menyakitkan jugak laa..Kalo nak start berkibarnya bendera merah,mencanak-canak laa keluar..So aku mencari-cari laa puncanya yang kebiasaannya naik jerawat nie..Aku terjumpa kat dalam 1 blog nie..Selanjutnya baca disini and credit to this blog..



Antara puncanya:

  1. Ketidakseimbangan hormon. 

Masalah nie memang selalu terjadi terutamanya pada perempuan yang menghadapi masalah haid tidak teratur.Selalunya akan naik sebelum,semasa atau selepas haid.Ada sesetengah cakap,hormon baru nak stabil bagi perempuan,khususnya.


2-   Diet pemakanan
Pengambilan makanan berlemak, bergula, dan berminyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat naik.Waktu makan tak teratur pun mungkin boleh jadi penyebab jugak.Digalakkan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran..Aku kurang makan sayur dengan buah,sebab tue la kot,jerawat buat onar.


3-     Biologi berevolusi. 
Perubahan usia juga menyumbang kepada masalah jerawat ini.Naik usia kita,bertambah laa hormone,maka hormone nak stabil tue ambil masa.Mungkin.

4-     4-    Kekurangan vitamin. 
Kulit muka juga memerlukan vitamin. Digalakkan mencari vitamin yang sesuai untuk kesihatan kulit muka. Makan supplement lebih efektif berbanding menggunakan barang komestik.Kena cari vitamin laa macam nie.


5-   Stress. 
Selalunya jerawat naik kat dahi.Okay fine..!! Aku memang selalu stress sebab banyak kerja.Pasni tak nak stress-stress laa…Hehehhe..


6-   Sembelit. 
Bila sembelit, banyak pulak toksik terkumpul dalam badan dan jerawat pun naik dengan sihatnya. Minum soya boleh kurangkan masalah sembelit ni..Oooo,aku baru tahu..


7-   Terlalu banyak minum minuman bergas dan berkafien
Minuman nie memang tak elok pun tuk kesihatan kita..Tapi minuman nie,normal laa bagi student terutama kalo nak stay up..Kalo boleh,lagi kafein tinggi lagi dicari ataupun minum coke untuk hilangkan ngantuk..Tapi aku tak laa buat macam nie,sebab nanti aku sakit perut.


8-    Kurang minum air. 
Minum air putih secukupnya,kurangkan minum air manis.Kata orang,minum sky juice nie,kulit sihat dan cantik.Tak tahu laa kebenarannya pun.Tapi betul jugak sebab sky juice nie banyak manfaat.


9-     Berjaga malam.
Kulit muka juga memerlukan rehat, kerana masa tidurlah sel sel pada kulit muka akan diperbaharui.Masa yang paling sesuai dan mujarab untuk kulit adalah di antara pukul 12 malam – 2 pagi.Tapi waktu nie aku belom tido lagi.Paling awal pukul 3pagi.Macam mana tak naik jerawat.Kulit pun tak ceria.


10-    Tersalah pilih barang kosmetik
Barang kosmetik juga boleh jadi punca masalah jerawat di muka. Sesetengah bahan dalam barang kosmetik tersebut boleh menyebabkan pori pori di muka tersumbat. Perlu baca bahan-bahannya dulu sebelum membeli. Jika kamu mengalami masalah jerawat, digalakkan memilih barang kosmetik yang berasaskan air.Masalah ini aku tak tahu sangat,sebab aku tak pakai kosmetik pun.



Jadi,kenapa muka kita berjerawat adalah disebabkan faktor-faktor di atas.Kebanyakkan yang aku alami,berkemungkinan,adalah stress,tak cukup tido,diet pemakanan yang tak teratur,perubahan hormone,kekurangan vitamin C kot..Kalau dah berjerawat,konfem-konfem laa kulit jadi kusam,tak bermaya,tak sehat..!!


 Terjadinya jerawat nie,boleh la baca disini…Nie semua berkaitan dengan biological kita sendiri laa…Kena laa aku berjaga-jaga bagi mengurangkan jerawat nie melakukan onar lagi..Jeles betol tengok gambar lama-lama..Kalau laa lepas nie muka aku tulus mulus macam gambar dibawah nie..


Lisa Surihani - rompak dari En google.





P/S: ada petua tak untuk hilangkan jerawat nie??Pemuda pun bolehh....=P

Monday, January 23, 2012

Learn from mistakes

Salam kepada semua blogger..

Hari ini ,hari yang telah bagi aku banyak pengajaran...Daripada kesilapan aku sendiri,aku sedar yang aku buat adalah salah..Thanx sebab menyedarkan aku..Hehehehe..




Tak kesah laa cara kasar or lembut teguran,but ia menyedarkan aku kesilapan yang telah buat...Learn from mistakes,make you become stronger...



Apa yang aku belajar hari ini adalah



1-  Blog or Facebook bukan medium untuk kite meluah apa yang kita rasa..Samada tak puas hati,gembira,duka,marah,benci or sebagainya..

2- Lebih baik berdiam diri dari berkata-kata jika berasa tidak senang dengan orang sekeliling kita.

3- Berterus terang lebih baik sebagai jalan menyelesaian bagi sesuatu masalah..Biar pun sakit,it better than talking back side.

4- Mengikut rasa,badan akan binasa...Aku dah rasa camana...Learn from it.

5- Jangan ulangi kesilapan yang telah dilakukan.







Sekarang baru aku sedar,apa aku buat sebelum nie adalah salah...Keegoan kadang-kadang menyebabkan aku buta untuk merasai semua ini...Its okay,aku admit semua tue salah aku,tindakan aku,cara aku..



Yela,aku bukan laa baik mana pun,bukan laa jujur mana pun...Aku terima setiap kritikan dari semua orang sekeliling aku termasuk kawan-kawan..I need ur criticism about myself..Secara kasar ker lembut,nevermind,aku terima...



Sejujurnya,terima kasih bebanyak kepada sesiapa saja yg telah menyedarkan akan kesilapan aku,kekhilafan aku selama ini kat korang...Aku hargai sangat-sangat...


Thanks a lot ..(^_^*)



p/s:Terima kasih kepada mereka yg buat aku sedar akan tindakan salah aku tue..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...