Monday, August 1, 2011

Yahuuu..!! Ramadhan datang lagi..

Assalamualaikum...

1 Ogos 2011,bersamaan 1 Ramadhan 1432,bermakna seluruh umat Islam berpuasa
Ramadhan,bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia ini,
Banyak fadhilat-fadhilat  pada bulan Ramadhan nie..
Kiranya bulan bagi umat manusia laa..
Selain kita berpuasa dari makan dan minum,tapi dalam bulan ini,ia akan mengajar kita sifat-sifat yang baik 
seperti bersabar,mengawal nafsu,bersedekah,bersyukur,berkongsi dan sebagainya..
Kita dah makan dan minum selama 11 bulan,tak kan 1 bulan ajer tak boleh berpuasa kan..
Banyak fadhilat pada bulan yang mulia ini..
Cuba anda baca tentang kelebihan bulan Ramadhan ini KLIK SINI

Tambahan pula,dengan berpuasa ia bagus untuk kesihatan kita..
11 bulan kite makan,kite minum,takda pun rehat perut kita nie..
Asyik melakukan aktiviti proses makanan yang kita makan untuk digestion..
Penat juga perut,usus kita nie...Jadi bulan puasa nie,mereka berehat laa selama sebulan pada waktu siang
Dengan berpuasa,bukan sahaja boleh menurunkan risiko seseorang dari penyakit arteri koroner dan diabetis,tapi menghasilkan perubahan yang significant pada paras kolestrol kita
Jadi ,berpuasa juga membantu meningkatkan Kadar Kolestrol Baik/High-density lipoprotein (HDL) untuk jantung kita..
Kurang laa mendapat risiko penyakit jantung..
Senang aje kan...memang banyak dugaan tapi ia baik untuk diri kita..



Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.
Bediuzzaman Said Nursi -

Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".


Jadi,hayatilah Ramadhan ini dengan penuh penghayatan..
Kita bukan sendirian menyambutnya,tapi kita menyambutnya dengan seluruh umat Islam..
Selamat Beramal..~~


P/S: Selamat menyambut bulan Ramadhan & berpuasa kepada semua reader..Terasa sedih pulak..huhuhu..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...