Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf@Aleesha Farhana meninggal dunia di ICU

Baru sahaja aku mendengar berita tentang kematian Mohd Ashraf atau lebih dikenali sebagai Aleesha Farhana (nama perempuan)  meninggal dunia di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah..
Arwah meninggal dunia akibat mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah..
Sebelum meninggal,Ashraf telah dimasukkan ke ICU kerana mengalami muntah teruk dan pengsan disebabkan
kemurungan sejak permohonannnya menukar nama perempuannya ditolak mahkamah..
Ini diberitahu oleh bapanya laa..
Dia mengalami serangan jantung yang tidak stabil / Unstable angina with cardiogenic shock
mungkin disebabkan kemurungan yang dialami olehnya kot..
walau apapun,ajal maut di tangan tuhan..
Berfikir dulu dalam-dalam sebelum buat keputusan..
Arwah sudah selamat dikebumikan selepas Zohor tadi..

Ucapan takziah ke atas keluarga Mohd Ashraf,semoga rohnya dicucuri Rahmat..
Al-Fatihah..


Permohonan arwah untuk menukar nama pada MyKad ditolak oleh mahkamah atas 3 faktor:

1- Kromosom (sama ada XX atau XY )
2- Jantina alat kelamin semasa lahir
3- Organ dalaman

Okay,sampai sini sahaja..Al-Fatihah


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...