Monday, August 29, 2011

Aktiviti munjung


Lagi beberapa hari,umat Islam akan menyambut bulan syawal pulak..Hari raya untuk kita bersuka ria kerana berjaya berpuasa selama sebulan..Macam-macam kena lawan dalam bulan puasa ni..Kali nie aku bukan nak cerita pasal mercun ke,dugaan di bulan puasa ke,tapi aku nak cerita tentang aktiviti masyarakat kita sebelum hari lebaran yang akan datang..
*******

   Aktiviti munjung memunjung memang sinonim dalam masyarakat kita,terutama di kampung..Kiranya macam aktiviti tradisional zaman tok nenek kita dulu-dulu.Kalau kat tempat aku,Muar,Johor memang dipanggil munjung/punjung.Kalau tempat lain,negeri-negeri di utara,pantai timur,Sabah,Sarawak tak tahu laa pulak..Kebiasaannya,kalau nak raya,mesti munjung ke jiran-jiran sekeliling..Generasi sekarang ada jugak yang tak tahu ape benda munjung-munjung nie..Aku nak explain secara spesifik dan terperinci memang aku tak reti …Apa yang aku faham,aktiviti munjung nie bila dah dekat nak raya,masakan yang family kita masak akan diberi kepada jiran-jiran dan jugak sedara mara yang terdekat..Jiran-jiran kita pun aku membalas balik apa juadah yang mereka masak pulak..Kiranya merasai/berkongsi apa yang kita masak untuk menu raya kepada jiran dan sedara mara..Mengikut prinsip, “Sharing is Caring”..Baru laa dapat kongsi 1 rahsia..
   
    Pada aku,masyarakat yang tinggal kat Bandar memang takda buat tradisi ini..Aku tinggal di bandar hampir  15tahun,takda pun aktiviti nie.Balik-balik,melengkor depan tv tunggu buka pose ajer...Masing-masing sibuk beraya di kampung..Pernah sekali,family aku sengaja untuk beraya di bandar,tak balik kampung.. Serius ,memang takda feel ,macam bukan raya ajer..Mood raya memang tak sampai ke dalam jiwa laa..Lepas tue,memang serik,dan mesti balik kampung jugak kalau nak raya..Sekarang dah tak susah sebab aku memang dah pindah kat kampung..Jadi tak payah nak susah-susah  lagi macam dulu..

   Berbalik pada cerita semula,tradisi ini tak meriah di bandar,tapi meriah di kampung..Dari kecil lagi,memang aku dah dididik dengan tradisi macam nie..Kalau balik kampung,siap-siap makcik aku bagi tugas kat aku..Tugasnya adalah pergi rumah jiran-jiran sebelah untuk hantar munjungan…Esoknya nak raya,petang tue dah siap-siap masak dah untuk munjungan punya..Lepas tue,suara aku aje laa terjerit-jerit meriah bagi salam kat tuan rumah..Selang beberapa minit pulak,rumah yang aku pergi,berbalas juadah pulak..Kalau masa aku kecik-kecik,selalunya juadah tue masuk dalam mangkuk,then letak kata atas talam,tutup dengan daun pisang..Kalau jauh sikit tue,letak dalam  mangkuk tingkat/tiffin aluminium 4 tingkat.Sekarang nie macam-macam jenis mangkuk tingkat...Bukan aku seorang yang menghantarnya,ada escort2 sepupu yang lain..


    Juadah biasa untuk munjung nie,ketupat,sayur lodeh,sambal kacang tue mesti wajib ada..Lauk lain macam ayam masak merah,ayam masak kicap,rendang daging,sayur goreng..Ini lauk-lauk kebiasaan laa yang aku nampak..Kalau tempat lain tak tahu pulak..Kot-kot ada ayam  golek ker,kambing salai ker,rusa percik ker..Itu aku tak pasti..

    Tengah berjalan balik rumah atok tue,siap terfikir lagi,apa makcik sebelah masak erk?? Mesti ada ayam masak merah,tak pun rendang daging yang sedap..Lepas tue,masa nak berbuka,mak aii bukan main meriah lagi atas meja, penuh dengan makanan..Lagi besar meja,lagi penuh makanan..Bila berbuka,memang tak tau dah nak makan yang mana dulu..Semua nak rasa,jadi amek sikit-sikit..Bila tengok kat pinggan,mak datok,banyak giler..Nafsu..Nafsu..Selamat laa lepas tue dah tak terawih lagi,kalau tak,memang melingkor ajer laa depan tv,..Lepas tue main bunga api..Seronoknya..!!

   Sekarang nie,aku dah tinggal kat kampung,mula laa tradisi munjung memunjung bagi keluarga aku pulak…Kalau sebelum nie,kat rumah atok aku,tapi sekarang rumah aku pulak,.Yang bezanya,dulu aku tak kena masak,tapi sekarang aku yang kena masak pulak..Yang samanya,aku masih lagi jadi delivery girl..Walau apa pun,memang meriah laa tradisi ini bila nak raya…Nanti kalau aku tinggal kat Bandar lagi,aku nak buat jugak laa tradisi nie..Masak awal-awal laa..Jadi dapat laa berkongsi dengan jiran-jiran sebelah..Kalau family aku,memang masak awal laa..Sehari sebelum raya,dah mula masak dah..Jadi, tak laa busy sangat dah..Tahun nie,rumah aku dah settle..Tak susah-susah lagi nak masak segala bagai nie..Senang sudah..Off to kemas rumah..Banyak kerja..Nak shoppingg..!!!!!
   

2 comments:

Fyqa Federeka said...

oke2..phm da..kat kg ak xde lak tradisi nie..huhu

biskotlemau said...

paham dah..aku tak tau laa ni jawa punye tradisi ker..tapi mesti ada punye yang lebih kurang macam nie.cuma nama lain kot..hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...